Jumaat, 9 Disember 2011

aertikel

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* ika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia
J bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik, agar kelak mereka menjadi GOLONGAN di atas...

Firman
Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan
(balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,(disebabkan) mereka berjuang
pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh". (at-Taubat : 111)




TUJUH PERKARA DILAKNAT ALLAH S.W.T...

 
i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan
dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan
yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah
(menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.



 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang
paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad
dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi,
selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan
dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam
satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan
meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan
kejahatan”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan